Wednesday, June 18, 2014

MESYUARAT EXCO PGTP KALI PERTAMA

Mesyuarat Exco PGTP akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 28 hb Jun, 2014

Tempat : Pusat Latihan Tinta Ori, IM Kuantan

Masa : 9.00 pagi.

Semua Exco PGTP diminta menghadirkan diri bagi membincangkan pengurusan dan pentadbiran PGTP.

DARI MEJA PENGERUSI PGTP

 Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt kerana telah memberikan ruang dan kesempatan kepada kita semua untuk bernafas seketika dibumiNya.

Setiap apa yang berlaku di dunia ini adalah perancangan yang teratur olehNya. Pada tarikh 14 Jun 2014 yang lalu saya telah dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Guru TADIKA Pahang yang baru. Bagi saya setiap perlantikan adalah amanah yang mesti dipikul dengan sebaiknya.

Terima kasih kepada pucuk pimpinan barisan exco PGTP lama yang diketuai oleh Pn Sabariah Abdul Razak. Beliau telah menjalankan tanggungjawab yang baik sehingga bertahannya PGTP sehingga hari ini.

Setiap persatuan yang diujudkan pasti terdiri daripadanya barisan exco yang akan sama-sama memikul tanggungjawab dan amanah. Populariti bukan tujuan utama kita berpersatuan. Persatuan adalah wakil kecil kepada rakan seperjuangan bagi memenuhi keperluan dan kehendak terkini. Maka tanggungjawab dan amanah hendaklah dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Sudah pasti rakan seperjuangan diluar sana menunggu perubahan yang akan berlaku dalam pengurusan PGTP yang baru. Kami tidak menjanjikan apa-apa perubahan , tetapi sebagai pengerusi baru saya akan memastikan exco PGTP akan memberikan khidmat yang terbaik.

Menerajui sesebuah persatuan bukan satu perkara yang mudah. Hala tuju perlu jelas. Visi juga perlu dicapai dalam masa yang telah ditetapkan. Perancangan, pelaksanaan dan pemantauan merupakan aspek yang perlu dititik beratkan di dalam setiap pengurusan persatuan.

Disamping itu juga sokongan dan kerjasama yang jitu antara exco PGTP merupakan tunjang dalam kekuatan meneruskan perjuangan PGTP.

Sentiasa bersikap positif dan berfikiran terbuka, menyedari kelemahan dan kekuatan rakan seperjuangan, menerima seadanya setiap dari kita, sentiasa bersangka baik, bertolak ansur, mendengar pendapat, memberi pandangan, mengutamakan orang lain dari diri sendiri adalah antara ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada pada seorang pemimpin. 

Harapan saya sebagai Pengerusi PGTP yang baru semoga kerjasama yang baik antara semua exco PGTP dan juga pengusaha-pengusaha TADIKA di negeri Pahang. Setiap masalah hendaklah ditangani dengan baik agar sentiasa bertugas secara sukarela secara harmoni. 

Jika tiada kita , cuba fikirkan dan renungkan, siapakah yang akan mendukung falsafah pendidikan awal kanak-kanak dan siapakan yang akan memartabatkan industri TADIKA.

Tepuk dada tanyalah selera.

Ikhlas dari saya

Zubaidah Husin



Monday, June 16, 2014

KE ARAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK YANG BERKUALITI


Antara objektif awal bagi memantapkan pengurusan dan pentadbiran PGTP adalah:

1) Menyatukan ahli PGTP di seluruh negeri Pahang
2) Menjalankan aktiviti dan kerja-kerja advokasi berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak secara am dan khusus kepada TADIKA di negeri Pahang